Tuesday, August 24, 2010

ingat tak zaman dulu - dulu ?

arghh tiba-tiba aku teringat..

ingat tidak zaman-zaman friendster dahulu?? okay, bukan dahulu la..
sekarang pun ada yang lagi yang main friendster.. lagi.. boooo siapa yang main friendster, booooo..
cehh, aku dulu pun hari-hari buka friendster..

aku bukan benci friendster ke apa.. cuma tadi aku teringat tentang friendster.. iaitu zaman yang kamu boleh bangga yang kamu sebenarnya tahu menggunakan internet.. sebab dulu dekat skolah orang selalu tanya,

"kau ada friendster tak?"

dan bila kamu jawab,

"oh, apa tu?"

kamu adalah LOSER.. jadi jawapan yang terbaik adalah,

"Ya, saya ada friendster!.."

sambil buat muka riak.. sebab masa itu tak ramai yang ada friendster.. kalau ada pun, dia letak gambar digimon la, barbie la, biskut la, tin la dan bermacam-macam lagi benda bukan hidupan.. tapi, apa yang menarik tentang friendster dahulu, bukannya gambar-gambar penggunanya, tetapi lebih kepada nama penggunanya..

aku ingat lagi, aku sedang chat dekat YM nk cari rakan baru .Mintaklah friendster dia,

"weh, kau ada friendster tak? nak add.."

dia jawab,

"oh ada-ada.. add lah.."

aku balas balik,

"tapi, kau guna nama apa dekat friendster?"

dia jawab balik,

"mISs CuTeyzz"

okay, nama sumpah comel.. comel sampai seluar nak tertanggal.. itu salah satu nama yang menarik.. ada lagi,

"baby cayunk, dayah mucuk, ita slimz, ira cuns, kitewcintewdiew"

dan banyakkk lagi.. tapi kan, apa yang tidak menarik tentang mereka semua adalah, tidak ada seorang pun yang melambangkan nama mereka.. maksud aku, bila nama dia ira cuns, dia langsung tak cun.. bila nama dia miss cuteyzz, dia tak ada lah cute pun.. dan bila nama dia ita slimz, sumpah wehhh, sumpah dia tak slim..

tapi bila nama dia dayah mucuk, agak-agak dia betul-betul mucuk tak??
oh, sebelum itu, mucuk itu apa ya??


p/s : tapi sebab frester gak aku ley kenal lebih rapat ngan ngex tersayang. Rojak Crew konon. hak3.. guling2 aku gelak kalo teringat..

4 luahan.jiwa:

The JedDy™ said...

babi laa guna2 kan name org

weyh copy dr mane neyh?
looks familiar
pena bace dkt blog lain

mr.atlantis said...

nama2 org?? sape org tuh??

copy kat website. hahhahaa

Adeq Abang said...

nk komen sketz...

Rojak Crew?? wahaha... aku ingat...

mr.atlantis said...

hak3... itu dia penyumbang setia kat rojak crew..

p/s : rojak crew idea ngex. lalalalla~

Segala celoteh serta contegan di blog ini adalah dari aku.

hak cipta terpelihara



Copyright © 2009 atlantiswild™ . All rights reserved.



Labels

About Me

My photo
paka, Dungun, Terengganu, Malaysia
Aku cuma insan biasa begelar dewasa. Hidup di bumi yg nyata dan juga adalah manusia.mempunyai 2 mata serta telingga, Aku juga seperti kamu . Tiada yg istimewa.

ShoutMix chat widget