Monday, July 11, 2011

Peludah Warna

Puisi: A. Samad Said

Peludah Warna by A Samad Said

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

1. 7. 11. A. SAMAD SAID
Segala celoteh serta contegan di blog ini adalah dari aku.

hak cipta terpelihara



Copyright © 2009 atlantiswild™ . All rights reserved.



Labels

About Me

My photo
paka, Dungun, Terengganu, Malaysia
Aku cuma insan biasa begelar dewasa. Hidup di bumi yg nyata dan juga adalah manusia.mempunyai 2 mata serta telingga, Aku juga seperti kamu . Tiada yg istimewa.

ShoutMix chat widget